KOTA SAMARAHAN : Kita mendapat khabar BN guna bomoh .Kita juga diberitahu calon kita juga cuba disihirkan.Sihirnya sihir duit dan sihir main kotor.
Dengan keadaan ceramah PAS di Kampung Jawa, Dun Muara Tuang yang pada mulanya agak lengang malam tadi kemudiannya bertukar meriah dengan kehadiran ramai anak muda.Penggunaan bomoh untuk menyihirkan pengundi dan calon dikatakan semakin ketara.
Kita diberitahu teman-teman calon kita Kak Ani dikatakan tidak nampak jalan balik rumah sendiri.Perwatakan calon kita Noraini pun seolah tidak bermaya dibomohkan.
Jikalau Taib Mahmud pun import bomoh asing.Sudah tentu perkiraan dosa pahala tidak menjadi perkiraan mereka.Justeru itu petugas PAS perlu terus bermunajat dan bertawakal agar rentak musuh dapat ditundukkan.Kita teringat team Darul Shifa' semasa Prk Bukit Gantang. Team itu diharap sudah berada di Sarawak untuk membantu program menyantuni masyarakat.
Kuatnya sihir di Sarawak,terdapat petugas kita berubah fikiran untuk membantu jentera di Sarawak.Mereka tidak jadi ke Sarawak.
Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini Hamzah, 49, calon PR dari parti PAS akan berhadapan dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.
Pada 2006, Mohamad Ali menang dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).
No comments:
Post a Comment