Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, telefon bimbit milik allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed itu antara bukti yang disiasat Unit Forensik selain rakaman CCTV bangunan pejabat itu dan bukti di tempat kejadian.
"Unit Forensik sentiasa mencari bukti-bukti penting bagi melengkapkan laporan mereka sama ada dari telefon bimbit, CCTV atau kembali semula ke tempat kejadian."Setiap hari memang ada petunjuk baru tapi kita tidak boleh dedahkan kerana boleh menganggu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata sejak kes itu dilaporkan, polis menjalankan sisatan terperinci dengan sentiasa memanggil individu baru atau memanggil semula mana-mana 16 individu yang telah diambil keterangan sebelum ini bagi membantu siasatan.
Chin Wah berkata, siasatan dapat diselesaikan apabila semua laporan forensik diperoleh dan keterangan saksi selesai diambil.
"Kita semua perlu tunggu. Jangan bagi kami ”deadline” bila kes boleh diselesaikan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia. - Bernama
No comments:
Post a Comment