Terkini

Dr Badrulamin,laporlah kepada polis....dan jangan banyak bercakap.

Polis Pahang ,khususnya IPD Kuatan tidak akan membuat sebarang siasatan berhubung dakwaan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron kononnya beliau dipukul kira-kira 20 orang ketika ditangkap atas dakwaan berkhalwat, Sabtu lalu.Semuanya gara-gara Dr Badrulamin tidak melapor kepada polis.




Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, sebarang siasatan hanya dilakukan jika pengadu membuat laporan polis.





Kelmarin, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata pihak polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat pemimpin PKR itu.




Pihak polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, di Balai Polis Beserah di sini pada pukul 10.28 pagi.




0 Response to "Dr Badrulamin,laporlah kepada polis....dan jangan banyak bercakap."

Post a Comment