Terkini

Pindahkan Kem Tahanan I.S.A ke Johor Darul UMNO.-Nizar


Nizar bergambar  ramai. Akan ada Himpunan Bantah ISA di Kuala Lumpur ,jika Najib masih berdolak-dalik.Di belakang ,merupakan tempat tahanan  45 orang  yang masih ada.I.S.A sudah diumumkan mansuh,tetapi "mangsa kezaliman"  tetap belum dibebaskan 
DS Nizar mengucapkan terima kasih kepada OCPD Taiping yang memberi kerjasama ."Senyumlah sikit ,kata DS Nizar kepada OCPD Taiping. 


Seusai  Himpunan Bantah akta ISA ,DS Nizar sedang ditemu-bual wartawan. Turut merakam perbualan anggota polis Cawangan Khas.


Taiping- 15 Julai: DS Nizar dalam ucapannya tengahari tadi menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan beliau cuba untuk memindahkan Kem Tahanan ini,tetapi tergendala kerana rampasan kuasa .

Nizar berjanji jika Pakatan Rakyat memerintah Perak,Kem Tahanan Kamunting ini  akan ditutup .Nizar meminta kerajaan Johor Darul UMNO yang membuka kem ini. Tapi dalam ucapannya juga Nizar menyatakan Johor juga tidak selamat untuk UMNO.

Nizar  juga memberitahu  tiada langkah lain untuk mansuhkan ISA ,kecuali Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya.


0 Response to "Pindahkan Kem Tahanan I.S.A ke Johor Darul UMNO.-Nizar"

Post a Comment