KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.
Beliau berkata langkah itu diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.
"Pada masa ini kadar purata adalah 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun, maka jika tidak ada langkah drastik maka kita takut ianya akan menjadi serius," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara.
Abd Rahim menegaskan pelaksanaan AES melalui kajian terperinci dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Beliau turut menekankan inisiatif itu dipraktik dan terbukti berjaya di 92 negara. - Bernama
Salam,
ReplyDeleteBagus le tu..utk cegah nyawa hang pa juga. takkan semua nak dipolitikkan sampaikan nak kurangkan kematian pun dah jadi bahan politik. Dulu bila bnyak kemalangan, sibuk cakap kerajaan tak buat langkah yang sewajarnya. Bila dah ada langkah pencegahan, tak setuju pulak.
Manusia, manusia gunakanlah akal utk berfikir dengan sebaiknya.
Terimakasih