NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim.
Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu.
Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah
Misalnya seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya tidak betul. Biasanya orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan Nabi Musa.
Jika ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus dia kata nabi itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat.
Apabila berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan. Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia akan membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas.
Tok-tok guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang tersasul. Maka itu dia minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas.
Saya yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah nanti kita membuat laporan yang tidak betul.
Tidaklah pemberita itu dikira salah lapor apabila dia melaporkan cakap yang salah cakap dari seseorang. Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap.
Kekeliruan boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah orang tua itu. Nabi pun menjelaskan maksudnya betapa dalam syurga nanti semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s. yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga.
Jika pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat berita seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua.
Makhluk pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam. Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia. Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat.
Tetapi mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika nasib Izzah baik, dia menang saman dan dapat bayaran berjuta.belum mendapatinya bersalah.
Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.
Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita.
Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan.
Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.
0 Response to "NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim. "
Post a Comment