24 Disember 2012
TRONG – Bimbang berlakunya runtuhan tebing, penduduk menggesa jabatan berkaitan membaik pulih laluan Sungai Trong bagi mengelak kejadian sama berulang.
Abdul Rahman Hassan, 64, berkata, keadaan aliran sungai yang bengkok menyebabkan paras air naik mendadak setiap kali berlakunya hujan lebat.
Menurutnya, sebagai individu yang tinggal hampir dengan sungai berkenaan, keadaan itu dikhuatiri akan mengancam keselamatan mereka sekeluarga.
“Mac lalu, satu banjir besar sudah berlaku menyebabkan penduduk kampung panik, aliran air deras menyebabkan hakisan tanah berlaku termasuk pada bahagian tepi jalan raya.
“Kita bimbang, jika keadaan seperti ini berterusan akan memberi kesan lebih buruk,” katanya ketika ditemui, di sini.
Sinar Harian difahamkan, akibat hakisan itu juga, beberapa tiang elektrik terpaksa dipindahkan bagi mengelak berlakunya insiden tidak diingini.
Abdul Rahman berkata, risiko berkenaan boleh dikurangkan apabila laluan sungai berkenaan diluruskan agar aliran deras tidak menyebabkan hakisan sungai.
“Saya amat berharap agar pihak berkenaan dapat meluruskan sungai ini sekali gus memasang batu dalam sangkar bagi mengelak masalah sama berulang.
“Masalah bertambah rumit kerana musim hujan dan air boleh naik dengan cepat,” katanya.sumber sinar harian
0 Response to "Lagi ADUN Trong tak buat kerja........"
Post a Comment