Tahun 2013 sudah hampir menjelang Muhyiddin masih belum tunai janji untuk peniaga Melayu,Pasar Minggu Changkat Jering.Pasar Minggu masih belum dibangunkan,duit 3 juta ringgit ,tak tau dekat mana. Dalam bajet zamry kadir,.baru-baru ini pun tak sebut pun.
16 Jun 2012:Muhyiddin umum RM3 juta bina semula pasar minggu Changkat Jering
TAIPING - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi membina semula pasar minggu Changkat Jering.
Ia diumumkan ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan rangka lawatan ke negeri Perak hari ini.
Muhyiddin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin memohon bagi peruntukan membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.
Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan peniaga serta hadirin yang hadir.
Laporan Bernama menyebut, pada tinjauan mesra itu, Muhyiddin, yang tiba pada 9.40 pagi, ditemani
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin tempatan bersarapan bersama-sama rakyat setempat dengan menikmati pelbagai juadah antaranya nasi lemak, sate, kuih tempatan dan teh tarik.
Beliau melawat pasar berkenaan selama sema sambil bertanya khabar masyarakat peniaga di situ sebelum bergerak untuk menghadiri Program Jelajah Janji Ditepati di Advance Technology Training Centre (ADTEC), Kamunting di sini.
Pasar yang dimiliki Koperasi Pasar Minggu Changkat Jering Bhd ini mula beroperasi seawal tengah hari pada Sabtu hingga ke malam dan berakhir tengah hari Ahad setiap minggu.
Pasar Minggu Changkat Jering terletak di antara Kuala Kangsar dan Taiping, hanya satu kilometer dari plaza tol Changkat Jering, Lebuh Raya Utara-Selatan.
Lebih 100 peniaga yang terdiri daripada anggota koperasi menjana pendapatan daripada perniagaan antaranya pelbagai jenis makanan tempatan, kraf tangan dan hasil tanaman kampung di pasar minggu yang terkenal itu.
Peruntukan akan digunakan untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pasar berkenaan di samping mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti tempat letak kenderaan yang terhad.
Sementara itu, Setiausaha koperasi berkenaan Yahya Mohd Yusuf melahirkan rasa syukur dengan kelulusan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu dan ia akan memberi manfaat yang lebih baik kepada golongan peniaga di situ.
"Timbalan Perdana Menteri pernah datang ke sini tapi tiada pengumuman yang besar seperti hari ini. Lebih 100 peniaga meraih rezeki di sini," katanya.sumber
0 Response to "Pasar Minggu Changkat Jering,Muhyiddin belum tunai janji."
Post a Comment