Terkini

Tarik balik saman AES-Peguam


KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff berpendapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara tergesa-gesa adalah kerana desakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut bagi mendapat balik modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Beliau yang ditemui di mahkamah hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwaraya yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sehingga sekarang belum menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan saman AES mengikut apa yang telah dijanjikan sebelum ini.

Malah jelas beliau, alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaraya bahawa dokumen tersebut tidak dapat diserahkan adalah kerana terdapat masalah teknikal juga membuktikan AES ini belum bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan.

"Hari ini merupakan kali ketiga penangguhan yang dimohon oleh pihak pendakwaraya kepada mahkamah bagi tujuan penyerahan dokumen dengan alasan belum bersedia.

"Malah pihak pendakwaraya juga turut memberitahu selain belum bersedia pegawai yang mengendalikan dokumen tersebut juga tidak ada dan juga masih terdapat masalah teknikal," jelasnya kepada Harakahdaily.

Zulhazmi yang hadir ke mahkamah hari ini bagi tujuan mengambil dokumen berkaitan saman AES seperti yang diarahkan oleh mahkamah, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh yang lain.


Tarik balik saman


"Kalau pihak pendakwaraya belum bersedia untuk memulakan pendakwaan, saya desak agar semua saman yang dikeluarkan dan kes tersebut perlu ditarik balik.

"Malah alasan yang diberikan iaitu masalah teknikal, saya ingin mengetahui apa masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan dari awal hingga sekarang, perkara ini perlu dijelaskan segera," katanya.

Tambah beliau lagi, jika masalah teknikal belum dapat diselesaikan dan ini membuktikan AES ini sebenarnya masih lagi peringkat kajian dan tidak boleh dilaksanakan.

Zulhazmi turut memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang mengarahkan saman AES ini dibekukan sementara adalah bersifat politik untuk kepentingan kerajaan yang sedia ada.

"Sebab itu kita minta pelaksanaan AES ini ditangguhkan dulu sepenuhnya sehinggalah satu kajian yang lengkap diperolehi, kita tidak mahu pelaksanaan AES ini memberi bebaban kepada rakyat.

"Apa yang kita tahu walaupun Peguam Negara mengarahkan pembekuan sementera tetapi pihak JPJ masih lagi menerima bayaran pengguna jalanraya jika mereka hadir ke JPJ untuk menyelesaikan saman tersebut," tambah beliau lagi.

Sebanyak 21 kes saman AES dikendalikan oleh KASE melibatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia tidak termasuk di mahkamah Sepang, Putrajaya dan juga Kajang.

Daripada jumlah kes tersebut pihak beliau belum lagi menerima sebarang dokumen berkaitan seperti yang diarahkan oleh mahkamah. sumber harakah HD

1 Response to "Tarik balik saman AES-Peguam"

  1. utk mahfuz omar (kase). la ni hangpa dok sibuk pasai aes, isu saman ekoq dulu dah selesai ka? kalau pr perintah, nak 'refund' saman?

    ReplyDelete