Terkini

Penaklukan Tentera Filipina di Lahad Datu?-Cikgu Bard


Kerajaan Malaysia lemah dan SAMM gesa Manila segera tarik pasukan tentera keluar dari kawasan kedaulatan Malaysia

Saya dan teman -teman SAMM baru pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja 4 hari (14 - 15 Febuari) di sana. Kesempatan berada di Sabah telah memberi peluang memerhatikan kejadian ' Penalukan Tentera Filipina' di Lahad Datu secara dekat.

Apayang berlaku dari saksi hidup yang ditemui menyatakan sekitar 400 - 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Persoalan penting bagaimana 400 - 500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo. Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.

Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan 'menasihatkan' penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat.

Tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya tentera dilakukan. Amat 'pelik sekali' apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi kita boleh berunding sahaja. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia. Mana perginya scorpene, kapal selam canggih negara tersebut ?

atau adakah ini antara perkara yang dibincangkan apabila Najib Ketua Regim Bn berkunjung ke Filipina baru - baru ini ?

Banyak yang misteri, untuk terus menjadikannya misteri wartawan Al jazeera dan beberapa aktivis muda dari Sabah dutahan konon kerana menghampiri kawasan konflik. Tentera asing dibiarkan dan mengatakan keadaan aman tetapi wartawan dan aktivis tempatan ditahan. Amat Pelik ! 

SAMM menyimpulkan perkara ini kepada dua kemungkinan:

Regim lemah, gagal selesai masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian Kad Pengenalan.

sememangnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Regim ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan. Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian Kad Pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasinal di sana.

Kejadian ini mengingatkan kita dengan Rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan menjelang dalam PRU ke 1985. Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam Bn telah mencipta huru - hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah. Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk Bn mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas Bn akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13.

Apa pun dengan kejadian ini ternyata secara jelas BN gagal menjaga kedaulatan negara. SAMM juga menggesa Manila untuk mengambil tanggungjawab menarik semula pasukan tentera dari negaranya keluar dari tanah berdaulat Malaysia.

SAMM menggesa Regim Bn supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka. Bn perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya Bn sendiri gagal kawal.

Malah menurut Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Kepada pasukan keselamatan (tentera dan polis) kami yakin kamu punya maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk regim hujung usia. 

SAMM akan ke kedutaan Filipina danjuga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

0 Response to "Penaklukan Tentera Filipina di Lahad Datu?-Cikgu Bard"

Post a Comment