Terkini

Dengan bank pun kita nak akaun Islamik,inikan politik-Muhammad Taib.

TS Muhammad Taib  bersama Ustaz Mohd Nordin,YDP PAS Bukit Gantang  sedang mendengar ucapan YB Ustaz Idris Ahmad,pada malam kelmarin.
Bukit Gantang-"Kita hendak berurusan dengan bank-bank, sekarang ini perlu dengan bank yang ada sistem perbankan Islam. Kalau kita ada akaun di bank yang mengamalkan konvensional, pasti kita akan pindahkan ke bank ada ada 'Islamic'....."kata TS Muhammad Taib.

"Sama juga kita berpolitik atau berparti, kita nak ada Islamik, Oleh itu kita perlu kena berpindah."ujar Muhammad Taib,mantan MB Selangor.

" Saya lihat dan kaji hanya PAS sahaja yang ada semua ini. Lihat organisasinya dari Majlis Syura yang ada ulamak-ulamak hebat memimpin dan mampu menegur atau menasihati ahli-ahli nya tak kecualai Presiden pun hingga kebawah."kata TS Muhammad Taib

" Hanya PAS yang dapat menjaga Agama Islam ini dan sekali gus menjamin keutuhan dan kestabilan bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya."tegas TS Muhammad Taib dalam ceramah beliau di Kg Pauh ,Bukit Gantang.

2 Responses to "Dengan bank pun kita nak akaun Islamik,inikan politik-Muhammad Taib."

  1. apa beza antara perbankan islam dgn konvensional? apa beza pas dgn yg lain? hanya satu saja - label. bank berniaga duit & pas/lain adalah parti politik yg tertakluk pada perlembagaan m'sia - undeng2 sekular.

    ReplyDelete
  2. Wa ahallahul bai' wa harramar riba... allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

    P/S: Jgn kata jual beli dalam islam = riba

    ReplyDelete