Datuk Husam Musa memuji Dewan Muslimat PAS Perak yang mengadakan Himpunan Gerhana atau Blackout 505 ini. Bagi Husam Musa setelah dua bulan berlalu selepas PRU 13,program sebegini penting untuk menunjukkan berlakunya penipuan dalam pilihanraya lalu.Menurut Husam Musa tidak berlaku penipuan ditempat seperti Parlimen Pekan,Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian,tetapi satu pertiga kawasan pilihanraya lainnya berlaku penipuan.Dalam pada itu Husam Musa menyatakan penipuan berlaku dengan dakwat beperisa kicap,mengundi dua kali,kawasan mengundi ditukar dan sewaktu mengira undi lampu padam.
Datuk Husam Musa kesal kerana terdapat segelintir pimpinan yang mempersoal Himpunan Blackout sedangkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bersetuju dengan Himpunan Blakcout 505.Sepatutnya kita bersatu menzahirkan tentangan kerana penipuan SPR,bukannya bertelagah.Husam Musa menegaskan ini soal pembentukan kerajaan.Soal kita untuk menegakkan Islam. |
Hebat calon presiden...syabas
ReplyDelete