DS Nizar menang kes saman syarikat utusan atas isu nombor pendaftaran plet WWW1.Ramai yang mengucap tahniah.Ramai yang bertanya bila hendak adakan kenduri kesyukuran.DS Nizar minta RM50 juta,tapi mahkamah hanya beri RM250 ribu.
Peguam DS Nizar, Mohd Fitri Haji Asmuni telah mengesahkan bahawa mahkamah memerintahkan bayaran ganti rugi am dan teladan selepas Hakim Rosnaini Saub mendapati Utusan memfitnah DS Nizar .Tetapi DS Nizar tidak mendapat gantirugi teruk
Sebelum ini DS Nizar dalam program beliau di Bukit Gantang semasa menjadi Ahli Parlimen menyatakan beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran jika menang saman FITNAH ke atas Utusan Malaysia.
DS Nizar kini berada di Australia bersama dengan pimpinan PAS Pusat dalam program PAS bersama masyarakat antarabangsa.
0 Response to "Nizar berada di Australia,kenduri tunggu Nizar balik dulu."
Post a Comment