SPR sememangnya tidak sensitif dengan perasaan orang Islam.Jumaat penghulu segala hari.Penamaan calon yang sesuai pada hari Sabtu.Mengundi pun sepatutnya hari Sabtu,untuk memudahkan pengundi luar balik mengundi.Tapi SPR semua boleh.....
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pas Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat berkata, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri ini apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu.
Beliau mempersoalkan pemilihan tarikh itu kerana kebiasaan pemimpin Pas setempat mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.
“Hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada Jumaat. Di Terengganu, Jumaat hari cuti dan pada hari itu kita menghadiri kuliah, belajar ilmu agama. Ini menunjukkan SPR tidak sensitif, kenapa tidak buat hari Sabtu? Ini seolah-olah mahu halang calon pergi kempen.
“Begitu juga hari pengundian pada hari Rabu yang juga hari bekerja. Keadaan ini akan menyukarkan pengundi luar untuk pulang Terengganu. Adakah kerajaan negeri mahu halang pengundi luar pulang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman tarikh PRK Dun Kuala Besut oleh SPR yang jatuh pada 24 Julai ini iaitu pada Ramadan, manakala penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian awal diadakan pada 20 Julai.
Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK di kerusi N1 itu.
Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata, pihaknya tiada masalah besar pengundian berlangsung pada bulan puasa kerana ia bukan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
“Kita bersiap sedia sekalipun berlangsung dalam bulan puasa kerana mungkin SPR mengambil kira tempoh 60 hari untuk mengadakan PRK itu tetapi kita terkilan dengan pemilihan tarikh tersebut,” katanya.
0 Response to "Penamaan calon Kuala Besut pada hari penghulu segala hari."
Post a Comment