Taiping-Kenaikan premium insurans yang dijangka berlaku Februari ini sesuatu yang membebankan pengguna secara keseluruhannya.
Penasihat Pengguna Taiping, Dr Billy Toh berkata, perkara tersebut mengalami perubahan Februari tahun lalu dan kini sekali lagi akan menggunakan kadar harga baharu.
Menurutnya, walaupun perbezaannya tidak begitu tinggi, namun ia sememangnya memberikan bebanan kepada pengguna sekali gus menyebabkan ketidakadilan berlaku.
“Jika dilihat kembali untuk tempoh 10 hingga 20 tahun lalu, pengguna tidak dikenakan sebarang bebanan (caj loading), namun berbeza hari ini, seperti tarif insurans kenderaan dirancang dinaikkan secara berperingkat,” katanya mengulas kenaikan tersebut
yang akan dikuatkuasakan 15 Februari depan.
Billy berkata, walaupun kenaikan tersebut tidak begitu ketara, namun syarikat insurans mempunyai hak untuk mengenakan caj loading.
“Contohnya jika insurans yang dikenakan berharga RM100 dan caj loading 25 peratus, bermakna pengguna perlu membuat tambahan RM25.
“Syarikat sememangnya berhak berbuat demikian, namun mereka harus mendapatkan kelulusan terlebih dahulu,” katanya.
Dalam perkembangan sama, menurutnya, kenaikan untuk kenderaan seperti motosikal mungkin tidak begitu ketara, namun kenderaan seperti kereta amat memberi kesan kepada pengguna.
“Sebagai contoh, saya ambil harga insurans sebanyak RM1,000 dan caj yang dikenakan adalah 25 peratus, jadi insurans pengguna perlu ditambah sebanyak RM250 lagi,” katanya.
Beliau berkata, kajian semula atau pendekatan lain perlu diambil bagi memastikan kadar ditetapkan itu tidak memberi bebanan kepada pengguna.
"Antara langkah yang boleh dikenakan dengan menetapkan kadar baru terhadap mereka yang kerap terlibat dalam kemalangan.
“Mungkin boleh dinaikkan antara 100 hingga 200 peratus, bagi memastikan mereka akan lebih berhati-hati dan tidak melakukan kesalahan ketika di jalan raya,” katanya.

0 Response to "Caj loading insuran naik 25%,orang kampung jadi senang."
Post a Comment