Terkini

Fitnah : kalau tuan berada di tempat saya,apa perasaan anda?-Wan Azizah.


SHAH ALAM: Sesi perbahasan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mencuri tumpuan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail buat pertama kali berucap bagi membahaskan titah Tuanku Sultan Selangor.

Beliau sekali lagi mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjadi sasaran serangan yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk Pembangkang Dun Selangor dalam isu fitnah II, MH370 dan pertikaian peranan beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Wan Azizah dengan tenang meminta dewan menyelami sendiri perasaan mereka jika berada di tempat beliau sekeluarga yang terus menjadi mangsa fitnah, sejak 16 tahun lalu.

“Kalau tuan berada di tempat saya, apa perasaan anda? Saya ada anak dan keluarga,” katanya yang merujuk kepada kes Fitnah II yang dilemparkan terhadap Anwar.(sumber)

1 Response to "Fitnah : kalau tuan berada di tempat saya,apa perasaan anda?-Wan Azizah."

  1. Puak tu bukan ada perasaan apa2. Kalau dah jadi macam papgomo baru tahu langit tinggi rendah.

    ReplyDelete