Terkini

Ustaz Fadzil Noor tidak pernah melabel ahli.

Almarhum Fadzil Noor adalah seorang pemimpin yang penuh dengan kasih sayang sesama pimpinan dan kepada ahli.

Ucapan akhir hayat beliau semasa muktamar 2002, beliau menyatakan yang beliau sedih untuk meninggalkan perwakilan dalam muktamar.

Hubungan baik dan mesra sesama pemimpin dijalinkan dengan cara bermesyuarat di rumah dan tumpang bermalam di rumah.

Di akhir hayat beliau, beliau mengajak saya menziarahi beberapa orang ahli biasa pas yang rapat dengan beliau sehingga mereka terkejut. Pak Din (pengawal Anwar Ibrahim) diajaknya naik kereta bersama. Pak Din sehingga sekarang tidak pernah putus menziarahi kami, begitu juga pakcik Latif. Banyak lagi nama jika mahu disebut.

Almarhum Fadzil Noor sering ketawa dengan ahli dan rakyat, tidak pernah melabel sesiapa dan memarahi mana- mana ahli atau pemimpin yang mengkritik beliau.

Memandangkan begitu banyak strategi politik yang dicaturnya, sudah pasti beliau dikritik selalu sepanjang menjadi presiden. Segala kritikan dijawab dengan hujah yang mematikan kritikan.

~Faiz Fadzil~
27 Mei 2015


1 Response to "Ustaz Fadzil Noor tidak pernah melabel ahli."

  1. Hadi Awang ulatrmak sgt berbisa
    ' baruah broker Pil kuda komunis mao tze lenin sekular '

    Semuanya diAjar oleh menantu menantu dan isteri isteri beliau

    ReplyDelete