MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

AMANAH tanding 13 kerusi DUN Sarawak.


KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengesahkan parti itu akan bertanding sebanyak 13 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kesemua calon yang akan dipertandingkan merupakan anak jati Sarawak yang diyakini mampu meraih sokongan pengundi di negeri itu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kerusi yang bakal ditandingi namun memberi bayangan dengan mengatakan ia mungkin campuran kerusi bandar dan luar bandar.

"Mesyuarat bulanan Amanah telah memutuskan yang kita akan bertanding sebanyak 13 kerusi.
"Kami telah pun selesai berbincang tentang perkara tersebut dengan rakan Pakatan Harapan yang lain," ujarnya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini. 

Katanya lagi, Amanah telah mengarahkan jentera parti untuk ke lokasi yang telah dikenal pasti bagi membantu kemenangan menjelang pilihan raya kelak.

"Calon-calon telah dikenal pasti dan keputusan telahpun dibuat dalam mesyuarat kali ini," katanya lagi.

14 Responses to "AMANAH tanding 13 kerusi DUN Sarawak."

  1. Ini negara demokrasi.. tak de masalah PAN nak tanding brp kerusi pun.. bgaimanapun mungkinkah di sarawak ini tanda2 kehancuran PAN akan bermula?

    ReplyDelete
  2. Amanah akan bertanding di Sarawak? Maka berpeluh2lah Pak2 Lebai mengenangkan hasrat PAS yang berpuluh2 tahun untuk menang satu (1) kerusi kat Sarawak bakal berkecai. Ibarat berkecainya pembohongan pimpinan PAS mengenai Hudud apabila Tuang Presideng pecah "lubang" bila dia mengaku depan orang ramai dan pemberita2 bahawa Akta 355 tu bukan Hudud tapi cuma melestarikan Mahkamah syariah je seperti yang disuruh Oleh Yang diPertuan Agong! Perintah Agong jadi No 1 dalam senarai ketaatan Tuang Presideng??? Perintah Allah dan Rasul??? Tak dak bawak untung kat donia maka ditangguhkan???

    Apa2 pun diucapkan selamat maju mundur kepada PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak. PAS maju setapak tapi mundur berbelas2 tapak. Bila mau sampai Putrajaya, dei??? But then again, PAS masuk pilihanraya bukannya nak menang! Saja je gatal nak menyebuk dan dan pecah undi sambil membantu "kekasih gelap" menang kat Sarawak. Cakaplah apa je pun wahai Pak Lebai! Rakyat dah tak percaya lagi kat korang sebab dah terbukti korang adalah Lebai2 hipokrit yang bernafsu besar, perut besar tapi akalnya ciput.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nick.. sbb rakyat dah 'tak percaya' lah yg tak ramai turun demo GST anjuran PAN.. tu pun ada hati dan muka tak berapa nak malu nak bertanding juga di sarawak.. kat semenanjung pun tak de sambutan inikan plk di sarawak..daei tamby bukaklah mata sikit.. cuba lah bg sensitif sikit dgn ada rasa malu bila perhimpunan hanya 2,000 org.. tapi ditokok tambah pula oleh khalid samad jd 10,000 demi nak membohong rakyat sarawak..

      Tak malu ke?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Kasihan PAN..

      Mula2 sibuk dibesar2kannya aura ulamak2 PAN spt mursyidul am dan timbalannya dgn meyakinkan orgramai bhw ulamak mereka tidak sesekali spt ulamak PAS yg asyik degil utk tunduk pd tokong DAP; tidak spt ulamak PAN.. tapi org masih tak nak masuk PAN..
      Kemudian diwar2kan penubuhan PH kononnya dgn adanya aura PKR/DAP, bisa menarik orgramai masuk PAN.. ternyata gagal juga strategi sebegitu..
      Kini mereka menggunakan pula ikon yg mereka dulu beria2 benar menyumpah seranah iaitu Tun M, pun masih lagi org tak nak masuk PAN..

      Sbb tu lah sampai sekarang husam dan mahfuz masih ragu2 utk masuk PAN pabila melihatkan sambutan yg cukup hambar ini.... semoga PAN dpt membuktikan sesuatu pd pilihanraya sarawak nanti..

      Delete
    4. Pimpinan Pas sekarang ini duduk dalam alam fantasi.bukan alam realiti.

      Delete
  3. Kenyataan demi kenyataan dibuat semata-mata mengekirulan ahli.Kononnya Pas masih kuat dan berpengaruh.Masing-masing mendabik data mengatakan demo anti GST gagal dan sebagainya.Presiden Pas satu ketika dulu pernah menyatakan bahawa pilihanraya tak penting.Putrajaya bukan matlamat.Tetapi bila berlaku pilihanraya sebuk dan seolah-olah tak cukup kerusi nak bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah bro..tuang presideng ckap belit2..lebih teruk dari ular..an anon aka wan rosli walakontol pnjilat kuat backup dia

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Tuan zual, terima kasih kerana membawa persoalan putrajaya.. 

      Pada PAS, yg pertama kali, ialah utk memenangi kerusi2 sebanyak mungkin di kerusi2 yg PAS tandingi.. serta berharap sgt2 kemenangan itu diperolehi dgn cara betul tanpa sebarang penipuan i.e. spt yg kita semua tahu UMNO dah byk kali terlibat dgn penipuan pilihanraya sejak dulu..

      Yg keduanya, bila dah jadi blok ke 3, antara BN dan PH, pastinya PAS mengharapkan agar kemenangan diperolehi oleh PH.. ini tak siapa dpt menafikan.. bagaimanapun, kemungkinan utk PH menjadi spt BN setelah menang nanti adalah tidak mustahil jika dilihat dari perkembangan2 terkini di beberapa buah negeri yg dikuasai oleh selain BN/UMNO.. maka di sinilah letaknya keperluan Blok ke 3 yg bakal jd kuasa penentu jika PH cuba menyeleweng dari landasan..

      Jadi jika dilihat dari penjelasan di atas, mmg benarlah PAS buat masa ini terutamanya pd PRU14, masih belum lagi tergesa2 utk menduduki putrajaya.. dan kami sbg ahli PAS pula mmg akur akan strategi PAS yg terkini ini.. saya rasa pihak PH pun faham akan kedudukan ini memandangkan gabungan dlm satu gabungan pembangkang masih gagal walau setelah 2 kali mencuba iaitu melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat (kecuali di Selangor)..

      Jadi saya harap penjelasan di atas dapat menjawab kedudukan PAS yg masih belum berharap utk menduduki Putrajaya sekurang2nya selepas PRU14, melainkan jika ditakdirkan sebaliknya..

      Delete
  4. mari kita lihat apaka isu yg akan dibawa oleh hadi nanti...

    adakah dia akan serang umno atau PH? atau dia bawa isu2 rakyat...

    tindak tanduk pas dlm pru ini akan menunjukkan sikap pas dlm pru akan dtg...

    ReplyDelete