Terkini

Masjid Tengku Menteri,Matang, DS Nizar ambil berat.

DS Nizar menyampaikan sedikit nasihat kepada ahli kariah Masjid Tengku Menteri supaya bersabar dan terus makmurkan masjid.
Pengerusi Masjid Pak Tam,memberitahu DS Nizar ,takat air melimpah.Kelihatan Pegawai Khas DS Nizar,Basher Ahmad turut mendengar aduan penduduk."Tahun ni 3 kali banjir"kata Pak Tam.
Masjid Tengku Menteri ditenggelami air pada awal bulan Oktober lalu.


19 September berlaku banjir kilat di Matang.Salah sebuah tempat yang terlibat Masjid Tengku Menteri,Matang.

Sekali lagi berlaku pada hari Isnin 5 Oktober,Masjid yang berusia 140 tahun itu ditenggelami air.Masjid ini terletak di bawah paras sungai ,iaitu Sungai Larut.

Jumaat lalu,16 Oktober DS Nizar bersolat Jumaat di Masjid Tengku Menteri sambil bertemu penduduk untuk mengetahui masalah banjir itu.

DS Nizar mencadangkan tiga perkara:
1.Membuat satu surat ke Pejabat Agama mohon bantuan binaan tembok sekitar kawasan masjid.

2.Mencadangkan Pejabat Daerah supaya membantu Masjid Tengku Menteri.

3.Meminta kementerian pelancongan supaya memberi peruntukan segera untuk memulihara bahan sejarah Masjid Tengku Menteri.

Di samping itu DS Nizar meminta Pusat Khidmat Ahli Parlimen membuat lubang aliran air keluar apabila banjir berlaku.

0 Response to "Masjid Tengku Menteri,Matang, DS Nizar ambil berat."

Post a Comment