Terkini

Pesan Nizar kepada Jemaah Haji"apabila kembali pastikan kerajaan Allah tertegak"

Jemaah Haji muslimin dalam Parlimen Bukit Gantang bergambar kenangan bersama DS Nizar
DS Nizar dan Pengerusi Masjid Al Islah,Taman Kaya,Taiping bergambar kenangan dengan Jemaah Haji Muslimat dalam Parlimen Bukit Gantang.


DS Nizar berpesan kepada para jemaah haji Bukit Gantang 1430 Hijriah,supaya berubah kearah lebih baik menjadi Muslimin sejati.

"12 ribu-13 ribu ringgit dibelanjakan,biarlah apabila kita kembali kita dapat kerajaan Allah s.w.t"nasihat DS Nizar.

"Biarlah apabila kita kembali kita menyokong dasar-dasar Islam,bukan sebaliknya" pesan DS Nizar.

"Banyak peristiwa di Makkah,yang para tetamu Allah s.w.t boleh mempelajarinya"kata DS Nizar. "Contohnya takbir hari raya itu sendiri"kata DS Nizar.

Program meraikan jemaah haji dianjurkan pihak Pas Kawasan Bukit Gantang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang berlangsung pada 16 Oktober ,Jumaat bertempat di Masjid Al Islah,Jalan Taman Kaya Taiping.

Program bermula dengan bacaan Yassin,Motivasi DS Nizar,Tazkirah Ustaz Zulkifli Ahmad,Ketua Urusan Ulamak Bukit Gantang dan doa berangkat ke Tanah Suci Ustaz Basiron Lat.DS Nizar sudi untuk menyampaikan cenderamata berupa alat-alat keperluan di Makkah.

Menurut Sdr Fadhil Idris,Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang sebanyak 96 orang jemaah haji dari parlimen Bukit Gantang kali ini.

0 Response to "Pesan Nizar kepada Jemaah Haji"apabila kembali pastikan kerajaan Allah tertegak""

Post a Comment