Kira-kira jam 12.30 pagi 9 Mac , pimpinan PAS Perak diketuai oleh Ust Abu Bakar Husein selaku PJ Perak berlepas ke Mesir dalam rangka lawatan kerja keluar negara. Turut serta YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, YB Khalil Idham Lim dan beberapa yang lain. Mereka akan berada di Mesir tiga hingga empat hari. Selepas itu, mereka akan berangkat pula ke Jordan dan seterusnya ke UK. 23hb. Mac baru mereka kembali ke tanah air.
Mereka akan disambut oleh anak-anak Perak di Mesir. Sempena dengan kunjungan mereka, beberapa program diatur dengan begitu padat oleh pimpinan pelajar di ketiga-tiga negara. Mereka juga dijangka akan bertemu dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam dan pemimpin gerakan Islam.
Peluang keemasan ini sudah pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja kepada warga Malaysia umumnya dan warga Perak khususnya yang berada di ketia-tiga negara samada pelajar atau yang bekerja di sana. Inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia mengetahui isu-isu politik tanah air terutama kemelut politik Perak.
PENFITNAH TAKUT BERDEPAN DENGAN PMX
3 hours ago
0 Response to "DS Nizar -sertai Lawatan Kerja(9 Mac-23 Mac)"
Post a Comment