Dewan Pemuda Pas Perak melalui Naib Ketuanya Salman Salleh telah mengeluarkan satu kenyataan yang seharusnya membuka mata SPRM.Pemuda PAS bertindak betul supaya mereka yang terlibat didedahkan kepada umum dan didakwa.Lambat bertindak rakyat akan rugi beribu-ribu ringgit.Hasil negeri hilang,yang kaya mereka yang rasuah.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan kegiatan pembalakan haram sepertimana yang di dedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak yang telah merampas ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
DPPN Pk amat risau dengan perkembangan tersebut terutamanya kejadian pembalakan haram, tanpa tindakan konkrit dari pihak berkuasa bagi menghalang kejadian seumpama itu berulang lagi. Kelemahan penguatkuasaan dan juga unsur rasuah adalah punca utama berlakunya kegiatan pembalakan haram ini. DPPN Pk merasakan sudah tiba masanya pihak-pihak yang terlibat berkaitan mesti duduk semeja bagi memastikan kegiatan ini dapat di cegah.
DPPN Pk juga bimbang pihak-pihak yang telah mengeluarkan balak haram tersebut yang mana tindakan mereka ini telah merugikan kerajaan. Walau pun kejayaan SPRM menyelamatkan ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar tetapi bagaimana balak yang telah di keluarkan sebelum ini atau di tempat-tempat lainnya. Kerajaan mesti serius di dalam perkara ini jika hendak selamatkan wang rakyat.
Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak supaya di tubuhkan satu Jawantakuasa Khas bagi menyiasat punca berlakunya kelemahan kawalan yang akan menjejaskan infrastruktur hutan dan alam sekitar di Negeri Perak. DPPN Pk juga meminta supaya di dedahkan kepada umum penglibatan pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam kegiatan pembalakan haram ini.

0 Response to "KECURIAN BALAK HARAM: DEDAHKAN SIAPA YANG TERLIBAT KEPADA UMUM"
Post a Comment