Rupanya sudah dua tahun PR memang.Sudah dua tahun sejarah PR tercipta.Tetapi masih terdapat mereka yang takut kebangkitan rakyat.
Kita semasa itu berada di Dewan Bunga Raya(Dewan MPT) meraikan kejayaan PR Perak.Mendapat khabar PR bentuk kerajaan Perak.Rakyat suka dan bersyukur ,rakyat akhir nya memerintah Perak.Tetapi ujian berlaku,kerajaan kudeta pimpinan Najib telah melanggar piagam kuasa rakyat.Jadi kita tidak berasa hairan jika ibu kota tidak diberi kebenaran untuk merayakan ulangtahun PR yang kedua.Mereka takut dengan rakyat,seperti mana berlaku gangguan di Kelab Sultan Abdul Samad.
(Sumber)Konvensyen 2 Tahun Pakatan Rakyat Selangor gempar apabila polis dan 200 anggota Unit Simpanan Persekutuan dikerah menggempur majlis tersebut.
Dalam kejadian 9.55 malam tadi, ribuan hadirin yang turun untuk mendengar syarahan dari pimpinan Pakatan Rakyat terkejut dengan keganasan mendadak ini.
Wartawan TV Selangor di lapangan melaporkan ramai yang menjadi mangsa hayunan belantan, bahkan ada yang turut dipijak selepas terjatuh.
Sasaran mereka adalah pentas utama, yang menempatkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Orang-ramai segera memenuhi ruang pentas, mengutuk keganasan ini. Laungan reformasi kembali bergema di padang bersejarah ini, yang pernah menyaksikan kebangkitan rakyat Malaya menentang penjajah.
Ketika kejadian berlaku, Anwar bagaimanapun belum tiba di lokasi. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjaya diselamatkan, manakala Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berundur dan mengekalkan solidariti mereka dari dalam Kelab Sultan Sulaiman.
"Kita tidak akan berundur, ketika menghadapi kuku besi kezaliman," laung seorang aktivis.
Laungan reformasi semakin kuat, dan polis kelihatan berwaspada dengan raifal pelancar gas pemedih mata.
Polis memberi alasan bahawa permit ceramah hanyalah untuk di dalam dewan sahaja. Dua trak meriam air dikerah ke lokasi, mendesak orang-ramai mengosongkan padang Kelab Sultan Sulaiman.
Sebaik sahaja Anwar tiba, polis memberi keizinan untuk meneruskan ceramah.
Orang-ramai kini memenuhi segenap ruang dewan, untuk mendengar amanat dari Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Ini adalah kejadian kedua polis menghalang acara Pakatan Rakyat. Polis malam semalam menghentikan makan malam anjuran DAP di Kepong.
Pada malam ini, dua tahun lalu, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di empat negeri dan merampas 82 kerusi Parlimen dalam satu kemenangan bersejarah yang menafikan majoriti dua-pertiga Umno-BN.
0 Response to "Rupanya Pakatan Rakyat Sudah Berumur Dua Tahun-Kita berada di situ.!"
Post a Comment