Terkini

Santai Petang: Pegawai Kerajaan Takut-takut.

Kita pagi tadi pergi mewakili DS Nizar ke Program Komuniti Masyarakat anjuran TNB.Program bertempat di Dewan MPT Kamunting,Taiping.

Program menarik dan banyak maklumat.Pihak pengurusan TNB bersikap profesional,melayan kita sebagai wakil Ahli Parlimen.

Namun terdapat pegawai-pegawai kerajaan terutamanya yang kita kenal kelihatan takut-takut untuk bersalaman.Mereka tidak berani untuk duduk dekat,kerana terdapat pimpinan UMNO yang berjawatan Ketua Kampung dan juga terdapat ADUN Trong,Rosli Husein.

Kita mendengar taklimat dan ucapan perasmian,12.20 tengahari terpaksa balik untuk bertugas.

Apa yang menarik ,Pengurus Taiping mesra pelanggan dan ingin bertemu DS Nizar.Izin Allah kita akan aturkan.Mungkin mereka sebuah syarikat,yang memerlukan bil dijelaskan!

0 Response to "Santai Petang: Pegawai Kerajaan Takut-takut."

Post a Comment