Terkini

Apa kata Tok Mufti : Datuk Abdul Aziz Mohd Noor bunuh diri dengan Teo Nie Ching Tak Mandi Junub

Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Sementara itu YB Teo Nie Ching diselar kerana masuk ke dalam surau kononnya berpakaian seperti Rosmah Mansor yang berjambul itu.

Teo dianggap menghina orang Islam kerana biadap.Di samping terdapat mereka yang menghina YB Teo Nie Ching tidak mandi junub.

Mereka membidas Teo Nie Ching dalam keadaan berhadas boleh dibenarkan berada di saf depan,kononnya tempat suci sujud orang Islam.

Kita tidak mendengar Tok Mufti komen,tidak mencium bau syurga bagi mereka yang bunuh diri.Dalam kitab fekah ,apa hukumnya mereka yang menyembahyang jenazah dan dikebumikan di kubur orang Islam.

Kenapa pihak berwajib tidak mengeluarkan garis panduan,kerana adakah mereka pemimpin UMNO.?

YB Serdang Teo Nie Ching yang baru berjinak dengan surau dan Islam dianggap telah mencemar kesucian Islam.Bawalah berhujah secara akademik dan saintifik bukannya mengikut nafsu.

Nampak benarnya semakin banyak isu,semakin banyak UMNO tidak tahu tentang Islam.Semakin hampir pula untuk UMNO hilang dalam PRU 13.

1 Response to "Apa kata Tok Mufti : Datuk Abdul Aziz Mohd Noor bunuh diri dengan Teo Nie Ching Tak Mandi Junub"

  1. kalau nak derma ka atau nak mendekati islam sekalipun,perlu ka bawa masuk sampai ke tempat solat bai.?tambahan lg si teo tu sememangnya berhadas ..sedangkan muslimah yang g sembahyang pun dikhaskan tmpat sembahyang,yakni di belakang para muslimin,ni si teo ni leh sampai ke tempat yang tak sepatutnya..jgn pandang pada sudut umno atau pas bai,pandang dari segi hukum,jgn kerana pegangan politik,ko akan tergolong dlm mereka2 yang menyokong benda yang melangar hukum..

    ReplyDelete