Sebahagian penduduk Taman Simpang Makmur,Simpang mengadakan demotrasi aman membantah Majlis Perbandaran Taiping keluar notis Tawaran Mengkompaun Kesalahan Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171) .Mereka sudah duduk di sini hampir 15 tahun,baru kini mereka kena kompaun.Mengapa sekarang soal mereka.
Hamid salah seorang penduduk yang dikeluarkan notis oleh MPT.Beliau diminta menjelaskan kompaun RM250.00 kerana hanya memasang girill hadapan rumah.Hamid telah membeli rumah ini 15 tahun dulu.Baru sekarang diberitahu salah dan dikenakan kompaun.
Sebahagian penduduk Taman Simpang Makmur bersatu membantah tindakan Majlis Perbandaran Taiping keluar kompaun saman.Kenapa akhir tahun sewaktu mereka sedang menguruskan perbelanjaan persekolahan anak MPT mengambil tidakan.Selama 15 tahun MPT diam sahaja tanpa mengeluarkan notis.Seorang penduduk yang ditemui menyatakan ,"itu kerajaan Zambry sudah bankrapkah?"Contoh surat atau notis yang dikeluarkan.
0 Response to "Kerajaan Zamry sudah bankrap ?Suruh pihak berkuasa tempatan keluar saman?"
Post a Comment