Menurut KPN Ismail , Mohd Rodwan pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.
Sementara itu, pertukaran dan pelantikan tiga lagi Ketua Polis negeri yang berkuat kuasa serta merta termasuk Timbalan Pengarah 11 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, SAC Datuk Tajudin Md Isa yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis bagi menggantikan DCP Ghazali Md Amin yang dilantik sebagai Setiausaha PDRM Bukit Aman sejak 29 Oktober lalu.
KPN (Ketua Polis Negara) Ismail berkata Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan, SAC Datuk Jamshah Mustapa dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu menggantikan Datuk Mohd Shukri Dahalan yang dipindahkan ke Perak sebagai Ketua Polis baru negeri itu.
Dalam pada itu Mohd Shukri menggantikan Datuk Zulkifli Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur pada 29 Oktober lalui.
Siapa tidak kenal dengan Datuk Zulkifli Abdullah di Perak.Kini beliau mengurus keselamatan kawasan denyut nadi rakyat Malaysia Lembah Klang.
DS Nizar menyatakan susunan pergerakan jawatan ini diatur untuk memenuhi kehendak DS Najib dan sepupunya Hishamuddin yang jaga Kementerian Dalam Negeri sudah tentu menjaga kepentingan Najib.
Walaupun KPN Ismail menyatakan pertukaran berkenaan lanjutan daripada penstrukturan semula kenaikan pangkat dan pertukaran ketua dan timbalan ketua polis negeri yang dilakukan baru-baru ini dan ia dibuat berdasarkan pengalaman masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Namun semuanya untuk menjaga kepentingan UMNO seperti mana ucapan Najib semasa perasmian mesyuarat agung UMNO lalu ,yang sanggup mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.
0 Response to "Ketua Polis Baru memenuhi kehendak Najib."
Post a Comment