Terkini

M.Jamil dijatuhi hukuman 6 tahun penjara; insaflah!

Kita memanggil A.D.O ini M .Jamil,kerana beliau pandai berlakon.Beliau kelihatan warak dan kelihatan tidak akan pilih kasih. Beliau pernah bertugas di daerah kita tinggal.

Tetapi kita kenal beliau,yang pandai berlakon.Kita disuruh ikut peraturan.Tunggu dan bersabar tetapi apabila taukeh berurusan beliau M.Jamil terus memberi keutamaan.Kononnya beliaulah pembela rakyat.Dengan orang PAS dan penyokong PAS jangan haraplah beliau akan membantu.Tetapi kini beliau telah dijatuhi hukuman penjara 6 tahun dan denda RM300,000 kerana cuba memperoleh rasuah lima tahun lalu.

Kita yang dizalimi oleh M.Jamil tetap mengingat peristiwa kita dimain-mainkan apabila berurusan dengan beliau.Kini beliau mempunyai harapan untuk merayu di Mahkamah Tinggi.Kita mengharap beliau M.Jamil meminta ampun dengan Allah s.w.t atas tindakan beliau yang menzalimi orang sewaktu bertugas dulu.Beliau belum terlambat lagi kerana masih ada ruang untuk bernafas.


BUTTERWORTH: Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lalu.


Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu selepas tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang. Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.


Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal membayar denda. Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 jam 11 malam di Restoran Nasi Kandar An Nur, Kepala Batas. Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah Lot 3482 GM2058, Mukim 5, SPU bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan di Pasar Awam, Kepala Batas.


Mohd Jamil dituduh di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun atau denda RM300,000 atau lima kali nilai suapan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala Mohd Jamil diwakili peguam bela Rosli Ismail. -Bernama

1 Response to "M.Jamil dijatuhi hukuman 6 tahun penjara; insaflah!"