Terkini

Roadmap to Putrajaya,kita perlu bersedia menerima arahan.

Roadmap to Putrajaya ,masyarakat menanti dengan penuh minat.Jentera parti juga bersedia memikul amanah. Justeru itu dalam mencapai hasrat ini, kata Tok guru Haji Hadi, PAS akan melaksanakan dua pendekatan iaitu memulihkan demokrasi dan memecahkan kebuntuan maklumat bagi mempastikan maklumat sampai ke peringkat akar umbi.


"Pertama kini akan gunakan sepenuhnya sumber tenaga manusia yang kita ada dan kedua menggunakan sepenuhnya saluran media alternatif,"kata Presiden Pas itu.


PAS, menurut Haji Hadi akan menggunakan sepenuhnya ahlinya yang berjumlah kira-kira satu juta bagi mempastikan maklumat yang hendak di sampaikan PAS sampai ke bawah.


Untuk itu, katanya, PAS akan memperkuatkan jentera di semua peringkat.


"Tentu kita memerlukan tenaga dan wang yang banyak dan yakin ahli kita dapat memberikan sumbangan sewajarnya untuk menjayakan projek ini," kata Abdul Hadi penuh yakin.


Bagi beliau, kejayaan PAS di Kelantan, Kedah dan sebelum ini di Terengganu adalah hasil kekuatan jentera PAS di negeri itu.


"Kita tidak mahu lagi menang hasil dari kelemahan musuh," katanya.


Untuk mencapai hasrat itu juga, kata Haji Hadi lagi , PAS sedang menyusun langkah untuk menggunakan sepenuhnya media alternatif dengan seluas mungkin.


Lantas roadmap to Putrajaya mesti menjadi cita-cita ahli Pas.

0 Response to "Roadmap to Putrajaya,kita perlu bersedia menerima arahan."

Post a Comment