Terkini

Terima kasih Pakatan Rakyat,yuran sekolah rendah dan sekolah menengah tak payah bayar.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.


Perdana Menteri berkata langkah ini diambil bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosio-ekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik selain memastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.


"Pada masa ini pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful.


"Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat di sini.

0 Response to "Terima kasih Pakatan Rakyat,yuran sekolah rendah dan sekolah menengah tak payah bayar."

Post a Comment