Terkini

Mengapa Khairy Jamaluddin bermati-matian mempertahan Shahrizat Jalil?

Sehari dua ini Khairy Jamaluddin sibuk mempertahankan Shahrizat Jalil dan anak beranak. Selesai lembu kini kondo.Khairy Jamaluddin membela DS Shahrizat bagai nak rak . Mengapa Khairy Jamaluddin bersungguh sangat membela Shahrizat?


Marilah kita baca artikel di bawah untul membuktikan Khairy Jamaluddin wira Shahrizat.Khairy boleh menjadi peguam untuk DS Shahrizat.



Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.



Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.



"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?



"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.



Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

0 Response to "Mengapa Khairy Jamaluddin bermati-matian mempertahan Shahrizat Jalil?"

Post a Comment