Terkini

Santau godam 6,000 kad kredit warga Israel.

Zaman dulu orang Melayu guna santau untuk godam orang lain. Mutakhir ini guna virus untuk godam laman sesawang .Nampaknya orang Melayu sudah mendahului zaman dalam mencipta teknologi.


BAITULMAQDIS- Sekumpulan penggodam Arab Saudi yang menggelar diri mereka ‘group-xp mendedahkan butir lebih 6,000 kad kredit warga Israel di atas talian, perbuatan kedua seumpamanya dalam masa tiga hari.


Radio Tentera Israel melaporkan semalam, butir mengenai kejadian terbaru itu didedahkan semalam dalam Internet oleh seorang penggodam yang menggunakan nama ‘OxOmar,’ daripada group-xp yang berkata dia sudah mendedahkan maklumat 11,000 kad.


Bagaimanapun, tiga syarikat utama kad kredit Israel berkata jumlah kad yang terjejas hanya 6,050.

- Reuters

0 Response to "Santau godam 6,000 kad kredit warga Israel."

Post a Comment