Terkini

Mohamad Nor Manuaty boleh bertanding 3 kerusi.

Dr Mohamad Nor Manuaty sedang menyatakan sesuatu kepada DS Nizar dan YB Nga Kor Meng.Mereka bertemu pada majlis Jamuan Dap Simpang 28 Julai lalu.    

Penulis pelik betul dengan Dr  Mohamad Nor Manuaty ini. Mahu bertanding sampai tiga kerusi. Satu Dun Batu Kurau( Parlimen Larut),kemudian Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang,beliau juga mahu bertanding di Parlimen Bagan serai.

Apabila ditanya orang PKR Larut ,mereka juga umum ,Mohamad Nor Manuaty betanding  di Dun Batu Kurau.Tanya pula dengan orang PKR Bagan Serai ,mereka juga memberitahu Mohamad Nor bertanding di Bagan Serai.

Di DUN Changkat Jering,heboh orang PKR kata Mohamad Nor Manuaty yang akan bertanding.

DS Nizar pun  menegaskan hanya  satu kerusi beliau  bertanding,dan DS Nizar hanya berminat dengan DUN Pasir Panjang.Begitu juga YB Nga Kor Meng juga hanya bertanding satu kerusi. Tapi lain sungguh dengan Ketua Penerangan PKR Malaysia ini,tiga kerusi nama dijaja untuk bertanding.Macam PKR Perak  tiada pimpinan lain.Macam tamak sungguh dan takut kalah tak boleh jadi wakil rakyat.

Jangan marah Dr Mohamad Nor Manuaty, pengundi juga ingin tahu .!

4 Responses to "Mohamad Nor Manuaty boleh bertanding 3 kerusi."

  1. kita mesti cerdik strategi... sbb tu sharizat letak jawatan... sbb tu BN sabah hancor, sbb tu org cina melonjak sokongan kpd PR.... Lagipun Anwar dah sebut... 1 org hanya 1 kerusi sja... tak perlu kecoh...

    ReplyDelete
  2. Macam Boboiboy boleh pecah 3.

    ReplyDelete
  3. PAS terlalu berlembut sangat, selalu kena paw..banyak sangat mengalah, dah menang sesuatu kawasan jangan lah pi bagi kat parti sekutu...pulak. Kawasan yang menang hak PAS, kenapa ada rancangan nak di bagi kat parti sekutu lain? Guna pendekatan yang bijak ok!...Geram jugak perangai orang PKR ni, orang serpihan umno, macam tu lah perangai tamak haloba, benci aku tengok bekas bekas umno ni..!!!

    ReplyDelete
  4. Ini Manuty boleh pakai ke? Cam gampang jer aku tengok.. Silap2 jadi chif katak lompat lepas PRU 13 nanti..

    ReplyDelete