Terkini

Rumah sudah dibeli tunai, kena gadai.


TAIPING – Enam pemilik rumah bersama kira-kira 30 penduduk Taman Suria Permai berhimpun bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemaju menjual 11 rumah penduduk kepada sebuah syarikat di Scotland.

Seorang penduduk, John Ng, 30-an berkata, pada 2002 neneknya telah membeli rumah di kawasan perumahan itu secara tunai.

“Malah bantahan ini dibuat kerana seorang peguam diiringi dua anggota polis dan pegawai mahkamah turut hadir bagi membuat semakan terhadap rumah-rumah yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

John berkata, masalah tersebut telah lama berlaku dan berlarutan hampir lima tahun lalu, namun sehingga kini ia masih tidak berjaya diselesaikan walaupun pernah diajukan kepada Adun dan menteri.

“Pemilik rasa seolah-oleh telah ditipu kerana segala bayaran telahpun dibuat sebelum ini tetapi disebabkan masalah pihak pemaju, penduduk pula yang terpaksa berhadapan dengan masalah seumpama ini.” katanya.

Menurutnya, masalah tersebut kini telah dibawa ke mahkamah apabila maing-masing tidak berjaya mencari jalan penyelesaian.

“Semasa ke sedang berjalan di mahkamah, didapati pihak syarikat telah mendapatkan perintah mahkamah dan diberikan notis pada 2 Mei lalu agar penduduk berpindah dari kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Adun Aulong, Leow Thye Yih berkata, Pengarah Biro Undang-Undang DAP akan memberikan bantuan kepada pemilik rumah terlibat dengan masalah tersebut.sumber

0 Response to "Rumah sudah dibeli tunai, kena gadai. "

Post a Comment