Terkini

UMNO buat berita fitnah Anwar bolehlah,buat Better Bercham ,haram taktau.

Satu lagi kejayaan ADUN DAP,Better Bercham.Aplikasi Better Bercham menyampaikan aduan dan pendapat  tanpa mengira masa.Terbaiklah YB.
IPOH - Penduduk Bercham kini tidak perlu lagi bersusah payah bertemu dengan wakil rakyat untuk mengemukakan aduan setempat kerana mereka boleh melakukannya menerusi aplikasi Better Bercham yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Menerusi aplikasi tersebut, penduduk boleh menyampaikan aduan dan pendapat tanpa mengira masa serta tempat.

Adun Bercham, Cheong Chee Khing berkata, idea mewujudkan aplikasi itu tercetus apabila beliau mendapati penduduk yang datang ke pusat khidmat dan aduannya terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Menurutnya, beliau pelik kerana tiada orang muda yang tampil ke pejabatnya untuk membuat aduan atau melakukan urusan lain.

“Menyedari perkara itu, saya dan kakitangan Pusat Khidmat dan Aduan Dun Bercham mula membuat kaji selidik dan mendapati orang muda lebih cenderung menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk memberikan pendapat atau meluahkan masalah.

“Justeru, kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang bagi mempelajari bagaimana kerajaan negeri itu menggunakan aplikasi Better Penang untuk kemudahan penduduk,” katanya.

Beliau berkata, kajian yang mula dilaksanakan sejak Ogos tahun lalu itu membuahkan hasil apabila pengatucara aplikasi berkenaan sudi bekerjasama untuk menghasilkan Better Bercham.

Katanya, aplikasi yang boleh digunakan sejak Januari tahun ini itu boleh dimuat turun secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Penduduk yang mempunyai telefon pintar boleh memuat turun aplikasi Better Bercham di laman Google Play.

“Bagaimanapun, hanya telefon pintar yang mempunyai sistem operasi Android 4.0 dan ke atas boleh memuat turun aplikasi ini.

“Manakala, bagi pengguna iOS, aplikasi tersebut dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada bulan depan,” katanya.

Chee Khing berkata, maklumat diterima menerusi aplikasi tersebut akan masuk ke dalam laman sosial Facebook Better Bercham secara automatik.

Katanya, kesemua aduan tersebut akan terus diproses dan dihantar kepada e-Aduan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk tindakan susulan.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa sehingga masalah dikemukakan selesai.

"Setakat ini 75 aduan diterima selepas aplikasi ini dilaksanakan dan jika sambutan menggalakkan, saya akan mencadangkan supaya aplikasi sama digunakan di seluruh bandar raya Ipoh," katanya.

0 Response to "UMNO buat berita fitnah Anwar bolehlah,buat Better Bercham ,haram taktau."

Post a Comment