Terkini

Zahidi Hamidi minta Muhyiddin Yassin banteras salahguna dadah di sekolah.

Foto hiasan.Kanak-kanak sekolah dijadikan pusher oleh pengedar dadah.Muhyiddin Yassin  gagal?
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegiatan penyalahgunaan dadah kini mula menyusup masuk ke sekolah-sekolah dengan kanak-kanak sekolah kini sering dijadikan 'pusher' oleh pengedar dadah.
"Kita hendak tekankan kekhuatiran kita kerana pengedar (dadah) telah mula cari pasaran baharu apabila kita laksanakan operasi cegah jenayah melalui penyalahgunaan dadah ini.
"Kita tidak dapat terima bila pengedar dadah secara runcit ini telah sasarkan kumpulan anak-anak sekolah rendah seawal 10 tahun," katanya pada sambutan Hari Antidadah 2014 di Pejabat Pendidikan Hulu Langat, Kajang dekat sini Selasa.
Zahid Hamidi  berkata sehubungan itu, pelbagai pihak termasuk pengurusan sekolah dan ibu bapa perlu melakukan sesuatu agar kegiatan ini dapat dibanteras lebih awal.
Zahid berkata pada 2010, hanya 173 klien remaja mendapatkan perkhidmatan di Klinik Cure & Care 1Malaysia namun jumlah itu meningkat kepada 863 orang pada 2011, dan pada 2012 kepada 1,180 orang dan (1,209) tahun lepas.
"Berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh klien remaja ini, hampir keseluruhan daripada mereka terlibat dengan dadah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan rasa ingin mencuba dengan rokok adalah bahan awal yang diambil oleh mereka sebelum terlibat dengan penagihan dadah," katanya.sumber

0 Response to "Zahidi Hamidi minta Muhyiddin Yassin banteras salahguna dadah di sekolah."

Post a Comment