Terkini

Muhyiddin Yassin ke Dubai untuk main golf?

Foto hiasan:TS Muhyiddin Yassin hendak bermain golf,di Kuala Lumpur pun boleh.Tak perlu pergi jauh ke Dubai.

Lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai, yang sedang berlangsung, dipersoalkan dua anggota Parlimen Pembangkang hari ini.

Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) membangkitkan laporan sebuah blog pembocor maklumat yang memuatkan jadual Muhyddin di negara itu.

Menurut mereka, tugas rasmi Muhyiddin hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, 9 April.

Selain itu, ia didakwa cuma diisi dengan pertemuan “peribadi”, jamuan makan malam “tidak rasmi” dan dua kunjungan ke padang golf.(sisi)

0 Response to "Muhyiddin Yassin ke Dubai untuk main golf?"

Post a Comment