Terkini

Banjir, mungkinkah skrip jawapan SPM dihanyut air bah..?

Banjir setakat ini  telah mengorban beberapa nyawa. Banjir pada kali ini telah merosakkan harta benda. Dianggarkan 90 ribu ditempatkan di pusat pemindahan.Banjir pada kali ini juga dijangka menjejaskan sistem pendidikan negara.Dengan kerosakan bangunan dan peralatan P  & P.

Antaranya mungkinkah kertas jawapan SPM dihanyut air banjir?Mungkinkah rumah pemeriksa kertas juga dilanda bah?

Jika berlaku, perlu adil untuk semua calon peperiksaan. JANGAN pula pemeriksa kertas pula yang dikenakan tindakan kerana dianggap cuai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran kena  membincang pelan tindakan jika kertas jawapan  SPM betul-betul telah hilang di bawa arus air bah.

Harap- harap kertas skrip jawapan calon selamat.Setakat ini Lembaga Peperiksaan Malaysia pun senyap, mungkin tiada masalah apabila keputusan diumumkan pada Mac 2015 nanti.

 Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran kena  membincang pelan tindakan jika kertas jawapan  SPM betul-betul telah hilang di bawa arus air bah.

Banjir di enam negeri pada kali ini  menguji banyak jabatan dan kementerian.Antaranya pelajaran,kesihatan, polis,bomba, dan pihak berkuasa tempatan.

0 Response to "Banjir, mungkinkah skrip jawapan SPM dihanyut air bah..?"

Post a Comment