Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengarahkan semua agensi megeri dan persekutuan bersiap siaga berikutan keadaan banjir di negeri itu semakin buruk.
"Melihat kepada situasi banjir yang semakin buruk berlaku di negeri Kelantan pada waktu ini, saya mengarahkan semua jabatan negeri dan persekutuan agar berada dalam keadaan siap sedia dan turun membantu mangsa-mangsa banjir di semua lokasi pemindahan," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu Bernama melaporkan, jumlah mangsa yang dipindahkan setakat tengah hari ini mencecah 4,663 orang berbanding 3,811 orang pagi tadi.
Sebanyak 63 pusat pemindahan dibuka di 10 jajahan iaitu Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.
Kuala Krai mencatatkan bilangan mangsa paling banyak iaitu 820 orang diikuti daerah Pasir Mas (791), Jeli (696), Pasir Puteh (522), Kota Bharu (319) dan Bachok (60).(sumber)
0 Response to "Ustaz Nik Amar, tumpu banjir di Kelantan,tak usahlah sibuk buat sidang akhbar."
Post a Comment