Terkini

Kurang dengar,tak nampak dah tua.

Presiden PAS TG Hj Abdul Hadi Awang membayangkan beliau belum memastikan sama ada teguran Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) terhadapnya benar-benar dibuat Dr Yusuf al-Qaradawi.
Kata TG Hj  Abdul Hadi, ulama dihormati ramai itu kini dalam keadaan uzur dengan telinga kurang mendengar dan mata pula "tak berapa nampak".
Justeru beliau membayangkan kemungkinan kenyataan teguran keras itu dibuat oleh orang lain.
"Beliau ( Dr Yusuf al-Qaradawi) uzur jadi saya tidak tahu sama ada kenyataan beliau itu benar atau tidak. Atau mungkin daripada orang lain," jelasnya.
Bagaimanapun pada masa sama TG Hj Abdul Hadi menjelaskan beliau sudah menulis surat kepada kesatuan berkenaan bagi menjelaskan isu kunjungannya ke Tehran, Iran baru-baru ini.Sumber berita- kurang mendengar.

0 Response to "Kurang dengar,tak nampak dah tua."

Post a Comment