www.amanah.org.my
Satu kenyataan media menggunakan nama saya kononnya AMANAH sedia mengarahkan PKR keluar Pakatan Harapan ekoran kegagalan rundingan dengan Pas, sedang disebarkan melalui aplikasi whatsapp dan di media-media sosial ketika ini.
Untuk makluman, kenyataan tersebut adalah PALSU dan BUKAN daripada saya.
Suka saya ingatkan bahawa AMANAH ditubuhkan untuk mengukuhkan muafakat antara parti- parti pembangkang setelah Pakatan Rakyat (PR) berpecah. Dengan kewujudan AMANAH maka ditubuhkan Pakatan Harapan untuk menyatukan kembali yang sudah berpecah. PH yang asalnya terdiri daripada AMANAH, Keadilan serta DAP kini dikukuhkan lagi dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sehubungan itu, komitmen AMANAH kepada konsep politik bergabung akan sentiasa melihat AMANAH berusaha mengukuhkan muafakat dalam Pakatan Harapan dan bukan merobekkannya. Ini adalah supaya perubahan dapat dilakukan dan demi menentang kerajaan kleptokrasi. Komitmen ini tidak pernah pudar jauh sekali berubah.
#AmanahDemiNegara
KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
24 Ogos 2017
Nak tuduh pas lah tu.. good try.. mana tahu boleh up sikit ke 1% tu!
ReplyDeletesiapa makan cili dia la terasa pedasnya
DeleteTak sangka wujud lg ahli PAS dlm blog pakatan. Cuba buat komen utk raih perhatian. Kesian, takde tempat nak mengadu...huhu
Deletebesar kemunkinan ahli parti rasa suci yg buat.
ReplyDeleteKalau pas yg buat pasti tinggal 0.5% dah tu..
ReplyDeleteSo itu kes sendiri buat sendiri nafi.. mungkin utk up sikit 1%.. pepatah arab.. dia pukul kita dia plk mengadu kata dia sakit!!
Keh keh
DeleteKaki fitnah dan manusia bertopengkan syaitan makin mengganas sbb tertekan..hati2
ReplyDeleteKaki fitnah ni dia suka tuduh2 pas berUG.. dan terbukti sampai kini tiada UG dan para pemfitnah kini dah malu nak ungkit kesah UG lagi.. mana UG mana UG BkS? Fitnah kan tu?
Delete