Terkini

269 calon hilang deposit PRU 14.

                       Foto hiasan sahaja.

HILANG DEPOSIT.

1 - Seramai 269 calon kehilangan wang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

2- Negeri tertinggi yang mencatatkan calon kehilangan deposit ialah Pulau Pinang iaitu seramai 71 calon.

3- Di Kelantan, 48 calon PKR dan Bebas di kerusi Parlimen dan DUN hilang wang deposit.

4- Di Negeri Sembilan tujuh daripada lapan calon PAS bagi kerusi Parlimen, hilang deposit manakala 25 daripada 27 calon Pas hilang deposit di peringkat DUN.

5- Di Perak, seramai 20 calon kerusi Parlimen dan DUN hilang wang pertaruhan. Mereka adalah empat calon BN, sembilan PAS, lima Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dua Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).

6- Di Terengganu, 23 kerusi yang ditandingi calon pakatan HARAPAN menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) hilang deposit merangkumi 19 calon di 20 kerusi DUN dan tiga calon Parlimen.

7- Seramai 14 calon di Sarawak turut hilang deposit apabila kalah teruk di 13 kawasan Parlimen. 

8- Di Johor, 64 calon termasuk 19 di kerusi Parlimen, hilang deposit. Daripada jumlah itu, calon PAS paling ramai hilang deposit dengan 46 orang, manakala bakinya lapan calon bebas.

9- Di Kedah, lapan calon hilang deposit membabitkan satu Parlimen dan tujuh kerusi DUN manakala di Perlis seorang calon Bebas di kerusi DUN Titi Tinggi turut hilang deposit selepas hanya dapat 132 undi.

10 - Undi terendah yang diperoleh pada PRU kali ini adalah parti Bebas oleh Bujang Abu di DUN Sikamat yang hanya mampu memperoleh 15 undi sahaja.

NOTA : Calon hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

0 Response to "269 calon hilang deposit PRU 14."

Post a Comment