Terkini

KETUA HAKIM NEGARA diperkenan oleh DYMM Agong.

Ketua Hakim Negara adalah jawatan tertinggi dalam Kehakiman. Untuk menjadi Ketua Hakim Negara, dia mestilah terlebih dahulu menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan pula ialah Mahkamah yang tertinggi di Malaysia selepas Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (Magistret dan Sesyen). 

Selepas Mahkamah Tinggi, kesemua kes yang didengar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mesti didengar oleh sekurang-kurangnya 3 orang hakim. 

Kalau kita kalah kes di Mahkamah Tinggi, umumnya, kita berhak untuk merayu di Mahkamah Rayuan. Tetapi kalau kita kalah kes di Mahkamah Rayuan, kita belum tentu mempunyai hak untuk merayu di Mahkamah Persekutuan. 

Sebelum dapat merayu di Mahkamah Persekutuan, ada satu “stage” yang kita perlu lepas terlebih dahulu iaitu peringkat Kebenaran atau “leave stage”. Nak lepas “leave stage”, kita perlu lepas “threshold” atau “test” untuk “leave stage” dulu. “Leave stage” akan didengar oleh 3 orang hakim Mahkamah Persekutuan. Jadi kita perlu yakinkan 3 hakim tersebut bahawa kita telah memenuhi “test” dan “threshold” tersebut. Kalau 3 hakim tersebut putuskan kita gagal memenuhi “test” untuk “leave stage”, kita habis di situ saja. Balik angkat beg. Maknanya, kita tidak dapat “green light” untuk kes kita didengar lebih lanjut di Mahkamah Persekutuan. 

Sehingga kita melepasi “leave stage” barulah kes kita akan didengar oleh para hakim di Mahkamah Persekutuan. Maksudnya, nak masuk Mahkamah Persekutuan bukan mudah. Bukan semua kes layak didengar di Mahkamah Persekutuan. Hanya kes yang betul-betul ada merit sahaja yang layak untuk didengar di Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan adalah sangat eksklusif. Di Mahkamah Persekutuan, kes kita akan didengar oleh 3 ke 5 orang Hakim. Kadang-kadang boleh lebih sampai ke 7 orang Hakim, bergantung kepada kes. 

Para Hakim tidak membuat keputusan berdasarkan emosi, logik, andaian dan prasangka. Mereka adalah “the servant of the law” atau “the protector of the law”. Sebab itu kalau mereka mempunyai apa-apa hubungan kekeluargaan, perniagaan etc terhadap satu-satu kes yang mereka akan dengar, mereka sewajarnya mengundur diri (“recuse himself”) atau diminta untuk mengundur diri kerana dibimbangi keputusan yang bakal dibuat akan dipengaruhi oleh emosi etc. Hakim mesti membuat keputusan berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang dibentangkan di depan mereka sahaja. Fakta dan keterangan tersebut pula akan dinilai dan ditafsirkan mengikut prinsip undang-undang ataupun “rules of law”.   Apa-apa pandangan para Hakim diluar dari neraca undang-undang atau “rules of law” hanya akan dianggap sebagai “Obiter Dicta” yang tidak mempunyai kesan mengikat ataupun “binding effect” kepada undang-undang. 

Mana-mana keputusan yang dibuat tidak mengikut “rules of law”, keputusan tersebut boleh dirayu (“appeal”) atau dikaji semula (“review”). Hatta Mahkamah Persekutuan sekalipun, keputusan mereka boleh dikaji semula juga.  

Ketua Hakim Negara yang disandang oleh Yang Amat Arif Tan Sri Richard Malanjum hanyalah sebuah penjawatan. Namun beliau tidak mempunyai kuasa Veto ke atas Hakim-hakim yang lain. Setiap orang Hakim bebas di dalam membuat keputusan. Beliau tidak boleh mencampuri mana-mana kes yang tidak beliau dengar. Hanya Hakim yang mendengar kes tersebut saja yang berhak membuat keputusan terhadap kes itu. Hatta di dalam kes yang beliau sendiri dengar bersama hakim-hakim yang lain, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memaksa hakim-hakim itu mengikut keputusan beliau. Jadi, kadang-kadang kita tengok keputusan boleh jadi “unanimous” atau sebulat suara. Tetapi kadang-kadang ada juga keputusan jadi 3-2 atau 4-1. Kalau keputusannya 5-0, biasanya Alasan Penghakiman akan disediakan oleh seorang hakim saja dan yang lain “conquer”. Tetapi kalau jadi 3-2 atau 4-1, yang tidak bersetuju dengan keputusan majoriti akan/boleh mengemukakan “ratio decidendi” mereka melalui “dissenting judgment”.

Jadi jangan bimbanglah YAA Tan Sri Richard Malanjum jadi Ketua Hakim Negara. 

Congratulation to Tan Sri Richard Malanjum for Your Lordship appointment as Chief Justice of Malaya.

0 Response to "KETUA HAKIM NEGARA diperkenan oleh DYMM Agong."

Post a Comment