Terkini

Transkrip PM dalam isu sebat Syar'ei.

TRANSKRIP KENYATAAN PM DALAM ISU "SEBAT SYAR'EI"

 Tidak nampak sebarang kesalahan dari sudut syarak dalam kenyataan PM dalam isu "sebat syar'ei" ini.

Bagi beliau:
1. Hukuman itu tidak mencerminkan keadilan Islam kerana itu adalah kesalahan pertama.

2. Beliau mahu, pengendalian kes itu wajar dimulakan dengan nasihat bukan dengan hukuman.

3. Bagi beliau, hukuman itu memberi persepsi buruk kepada Islam sebagai agama rahmat.

4. Beliau mahu orang Islam berhati-hati supaya Islam tidak dilihat tidak bertimbangrasa.

Ini adalah transkrip kenyataan PM berhubung hukuman "sebat syar'ei yang dibuat baru-baru ini.

["Kabinet kerajaan PH ini telah membincangkan kes yang mana dua wanita telah kerana melakukan perbuatan yang di luar biasa."

"Pihak kabinet berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbangrasa oleh agama Islam."

"Sebaliknya yang kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasalah bagi kes pertama, kita seharusnya memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara."

"Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam."

"Sebab itu kami berpendapat bahawa kalau ada pun kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu yang mana dalam Islam, kita boleh menjatuhkan (hukuman) yang lebih ringan, kita memberi nasihat dan sebagainya."

"Amatlah penting kita menunjuk bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukuman yang berat yang mengaibkan orang."

"Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam."

"Ini adalah pendapat kabinet kerajaan dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak bertolak-ansur, tidak ada bertimbangrasa."

"Sedangkan kita selalu apabila bermula sesuatu bermula dengan Bismillahir rahmanir rahim -Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani, tetapi kita tunjuk seolah-olah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali."

"Inilah pendapat kerajaan PH pada hari ini pada mesyuaratnya pada hari ini."

"Sekian, terima kasih."]

0 Response to "Transkrip PM dalam isu sebat Syar'ei."

Post a Comment