Terkini

Tarik.balik "report" Sarawak Report tak buat pun.

Dalam saman fitnah, tujuan yang paling penting ialah untuk bersihkan nama daripada fitnah tersebut. Jadi walau nak selesai kes di luar mahkamah sekalipun, syarat yang paling penting lazimnya plaintif akan kenakan ialah artikel/kenyataan fitnah tersebut hendaklah ditarik balik. Kemudian pemfitnah tadi perlulah minta maaf sama ada secara terbuka atau secara tertutup di dalam mahkamah. Sekiranya syarat-syarat di atas tidak dikenakan/direkodkan di mahkamah, maka amatlah pelik kalau saman itu ditarik balik begitu sahaja, ditambah pula tiada perintah pembayaran kos dikenakan terhadap pemfitnah tadi. 

Melainkan Plaintif tahu berdasarkan bukti-bukti yang bakal dikemukakan kelak, kalau kes itu diteruskan juga, maka beliau akan kalah. Bila kalah, kos yang tinggi perlu dibayar. Oleh itu, tarik balik saman adalah pilihan yang ideal.

0 Response to "Tarik.balik "report" Sarawak Report tak buat pun."

Post a Comment