Terkini

Anak DS Nizar pun saman kerajaan Malaysia pada tahun 2004 :Kenapa cikgu di Permatang Pasir Takut

Semasa Kempen PRK Bukit Gantang ,kita juga guna isu PPSMI.Bagaimana ribuan hadir ceramah bantah PPSMI di Unit Peti Undi Air Kuning,Changkat Jering.Penceramah utama masa itu Hj Mat Sabu dan Profesor Abdullah Hasan UPSI.
Politik ugut bukan boleh diterima rakyat,dahulu pun para guru tetap mengundi DS Nizar.Ramai guru dipanggil JPN supaya tidak mengikuti program PR.Namun majoriti guru dan keluarga mereka bersama kita.
Lihatlah ugutan tidak selari dengan satu Malaysia.Kita bukan politik dulu-dulu.Wahai para guru di Permatang Pasir ,mulakan perubahan untuk kita sama-sama membantu menubuh kerajaan baru Malaysia dalam PRU 13.

Guru-guru yang didapati mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum dasar pembelajaran dan pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dilaksanakan dalam dwi-bahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris) tahun depan, boleh dikenakan tindakan.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata buat masa ini semua guru kedua-dua mata pelajaran berkenaan perlu mengajar dalam Bahasa Inggeris memandangkan semua peralatan mengajar seperti buku teks dan perisian komputer masih dalam bahasa Inggeris.
"Guru Besar dan Pengetua sekolah dipertanggungjawabkan untuk memantau keadaan ini dan surat amaran perlu dikeluarkan kepada guru yang didapati berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ingatlah semasa PRK P059,Bukit Gantang Hj Nizar menyatakan semasa kempen PRK ,"anak saya seorang daripadanya menyaman kerajaan Malaysia pada tahun 2004"

Jadikan cuti sekolah,bulan Ramadhan untuk para guru mengundi sekali lagi untuk PAS.Kali ini Ustaz Salleh Man.

0 Response to "Anak DS Nizar pun saman kerajaan Malaysia pada tahun 2004 :Kenapa cikgu di Permatang Pasir Takut"

Post a Comment