Terkini

PRK N11 :Kalau Pilih Ketua Darjah Pun Nak Yang Terbaik

Pada petang tadi berbual tentang Permatang Pasir.Seorang Cikgu agak senior bertanya ,bila hendak pergi ke Permatang Pasir.Lalu penulis menyatakan kemungkinan 23 dan 24 Ogos bersama team YDP Bukit Gantang.

Menyampuk seorang guru,hendak pilih ketua darjah pun pelajar memilih yang terbaik ,inikan pula wakil rakyat.

Kualiti ketua darjah,antaranya tidak pecah amanah,baik moralnya dan akhlak.Bagi kelas Guru Kelas badan penapis.Jikalau sewaktu tingkatan satu sudah pecah amanah atau songlap duit persatuan atau kelab,pelajar itu sudah disenarai hitam.

Untuk Lembaga Pengawas ,badan ini menapis pencalonan pengawas.Yang terbaik,terbaik akademik,terbaik akhlak dan apa yang penting tidak pecah amanah.Pencalonan Ketua Pengawas lagi ketat.Semua guru memberi kredit atau merit kepada pencalonan Ketua Pengawas.

Justeru itu PRK N11 , pengundi mesti bijak sebijak pelajar yang memlih ketua darjah yang tiada isu pecah amanah,nanti wang kelas habis disapu.

Sebijak guru yang memilih Ketua Pengawas yang tidak ada menipu koperasi sekolah dan duit Kelab Kebajikan

0 Response to "PRK N11 :Kalau Pilih Ketua Darjah Pun Nak Yang Terbaik"

Post a Comment