Yusri Ishak - sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini PERMATANG PASIR, 20 Ogos - Yusri Ishak - bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, hari ini mempertahankan dirinya dari tuduhan seperti yang di dakwa Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Yusri yang menjadi sebutan ramai sejak semalam itu berkata, dakwaan Ahmad Maslan itu bohong. Beliau yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini menjelaskan, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu seperti yang didakwa sebelum ini.
"Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau memberitahu laporan polis akan dibuat segera selepas berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu.
Yusri yang menjadi mangsa Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi, membuat kejutan keluar dalam sidang media mempertahankan dirinya hari ini.
Beliau - rakan kongsi yang dimaksudkan itu turut memohon diberikan (pentas) peluang untuknnya menjelaskan keadaan sebenar kepada umum bagi menangkis tuduhan Umno yang memburukkan beliau.
"Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri lagi dalam sidang medianya hari ini. |
0 Response to "PRK N11:"Umno bohong' - Bekas rakan kongsi Rohaizat"
Post a Comment