Terkini

JENTERA PILIHANRAYA PAS BUKIT GANTANG SIAP SEDIA PILIHANRAYA NEGERI

Tulisan dipetik dari blog parlimen059,bertarikh 22 Mei 2009

BN telah mula mengatur kerja di Perak untuk menghadapi pilihanraya negeri Perak.Justeru itu Penanti tidak perlu dinantikan.Penantian suatu penyiksaan di Penanti. Penanti bukan boleh menggugat kerajaan Pulau Pinang.

Perak merupakan tempat yang menentukan jatuh bangun nyaUMNO. Jatuhnya UMNO di Perak,PRU 13 memberi harapan baru kepada Pakatan Rakyat.


Bukit Gantang perlu menjadi contoh gerakerja pilihanraya negeri Perak.Pengalaman yang ada perlu dikongsi bersama jentera pilihanraya di tempat lain.

Pas kawasan perlu memikirkan strategik yang lebih ampuh untuk menghadapi UBN di Dun Trong.


Kaedah yang lebih harmoni dan tidak keras perlu dilaksanakan untuk mendekati pengundi dan masyarakat. Program syoksendiri tidak perlu di uar-uarkan.Kata-kata tutup bilik gerakan tidak perlu dituturkan.Pimpinan kawasan perlu diraikan.Calon mesra pengundi perlu dikemukakan.


Menurut teman bukan Melayu. Calon mesti seperti YB Tuan Sivakumar dan Utayakumar ,menurut kata teman India. Bagi teman Cina mereka mesti seperti Nijar(MB HJ NIZAR) baru kita boleh menandingi Cikgu Rosli Husein di DUN Trong.


Menurut rakan SB , UMNO di Dun Trong bukannya kuat,tetapi kerana YB mesra pengundi,rakyat sukakan mereka.

Menurut jentera parti dari luar semasa PRK 059.Pas perlu kuasai masjid dan surau .Disamping membuat satu program lekat dihati untuk pengundi muda.


PRK 059 memberi banyak pengalaman dan erti perjuangan.PRK 059 mengajar erti persahabatan.

PRK 059 membuat Bukit Gantang terkenal sekali lagi dalam sejarah pada abad 21. Jumpa lagi di PRN Perak 2009.InsyaAllah...

0 Response to "JENTERA PILIHANRAYA PAS BUKIT GANTANG SIAP SEDIA PILIHANRAYA NEGERI"

Post a Comment