Terkini

Pakatan Rakyat Bukit Gantang Bersedia Untuk Pru 13-Program daftar pemilih berjaya.

15/11/09 pada jam 8 pagi hingga 12 tengahari Sekretariat Pusat Khidmat Pakatan Rakyat telah mengadakan Program Daftar Pemilih dan menerima aduan rakyat di Taman Sungai Mas dalam parlimen Bukit Gantang.Taman Sungai berada dalam daerah mengundi Larut Tin.
*
Sambutan diluar dugaan dengan jumlah yang telah didaftarkan sebanyak 191 orang.109 ialah pendaftar pengundi baru dan berbagai aduan diterima .
Sekretariat Pakatan Rakyat Bukit Gantang mula bergerak aktif secara bersama setelah konvensyen Pakatan Rakyatpada 31 Oktober 2009.
Pas Kawasan Bukit Gantang telah menghantar Sdr Basher Ahmad dan Sdr Zainuddin Hamzah AJK Pas Kawasan yang juga Pegawai Khas DS Nizar untuk bertugas .


Persiapan tempat,kelihatan Sdr Zainuddin Hamzah ,AJK Pas Kawasan merangkap Pegawai Khas DS Nizar.



Tiga parti PAS,PKR dan DAP bersatu hati untuk persiapan pilihanraya.

Penduduk mula bertumpu ke khemah untuk menyemak daftar pemilih,pimdan undin dan juga daftar pengundi baru.Program mendapat kerjasama SPR.

0 Response to "Pakatan Rakyat Bukit Gantang Bersedia Untuk Pru 13-Program daftar pemilih berjaya."

Post a Comment